KUALA LUMPUR - Polis akan mendapatkan maklumat daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengenai keberadaan pasangan warga Rusia di negara ini untuk siasatan kes pencerobohan Menara Merdeka 118, di sini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai pemilik akaun media sosial yang mengaitkan pasangan terbabit telah diperoleh pada Khamis.
Iklan
Iklan
Tambahnya, video yang tular itu juga akan dianalisa ke forensik untuk tindakan lanjut.
Menurut Noor Dellhan, selain itu, seramai sembilan individu termasuk pihak Menara Merdeka 118 juga telah direkod percakapan.
Polis sebelum itu menerima satu laporan dari pihak Menara Merdeka 118 yang dibuat di Balai Polis Tun H S Lee, pada 29 Disember.
Disember tahun lalu, tular gambar pasangan warga Rusia itu, Ivan Beerkus dan Angela Nikolau dari puncak bangunan kedua tertinggi di dunia berkenaan dimuat naik di laman sesawang SkyscraperCity.com.