Rooney disebut-sebut kembali ke Goodison Park

Iklan
Rooney. Foto Agensi

KETIKA kedudukan Frank Lampard sebagai jurulatih Everton mencetuskan tanda tanya, nama Wayne Rooney disebut-sebut sebagai pengganti kerusi panas tersebut.

The Toffees ketika ini berada di zon penyingkiran menghuni tangga ke-18 setelah hanya mengumpul 15 mata.

Iklan
Iklan

Selain Rooney, pengendali Burnley, Sean Dyche yang dipecat sembilan bulan lalu dan jurulatih Celtic, Ange Postecoglu antara calon yang dilihat berpeluang mengambil alih tempat Lampard.

Bagaimanapun Rooney dilihat lebih cerah untuk menjadi pilihan pemilik pasukan Farhad Moshiri bagi menggantikan Lampard selepas kekalahan memalukan 1-4 kepada Brighton di laman sendiri pada Rabu.

Iklan

Rooney yang pernah beraksi di Goodison Park sebanyak dua kali iaitu pada 2002 hingga 2004 dan 2017 hingga 2018 juga bakal berdepan saingan bekas pengurus Belgium, Roberto Martinez.

Pun begitu Rooney yang merupakan ketua jurulatih DC United adalah individu yang Moshiri dan pengerusi Bill Kenwright yakin mampu melonjakkan semula prestasi Everton.

Iklan

Rooney, 37, difahamkan mengadakan rundingan dengan Kenwright 12 bulan lepas ketika masih dalam usaha mengelakkan Derby tersingkir ke Liga Satu.

Lampard masih berharap untuk kekal di Goodison Park selepas penyokong The Toffees mengadakan bantahan besar-besaran setelah tewas kepada Brighton.