Limau hiasan

Iklan
Pengurus Seremban Landscape & Nursery Sdn Bhd. Lau Tian Soon, 35, (kanan) dibantu oleh pekerjanya Maizura Ismai, 23, menyiapkan tempahan limau hiasan ketika tinjauan sempena persiapan Tahun Baharu Cina.

Tian Soon ketika ditemui berkata beliau telah menyediakan bekalan sebanyak 2,500 pasu limau hiasan yang diimport dari China serta dari pembekal tempatan untuk dijual kepada pelanggan pada tahun ini.

Harga bagi satu bekas pasu limau hiasan bermula dari RM200 ke RM2,888 (limau import), manakala limau yang kosong tanpa hiasan dijual bermula dari RM88.