Tiket separuh akhir Piala AFF habis terjual

Iklan
Kesemua 59,000 keping tiket habis terjual sehari selepas jualan dibuka menerusi pembelian secara dalam talian.

TIKET aksi separuh akhir Piala AFF 2022 yang menemukan Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu laris bagai goreng pisang panas.

Kesemua 59,000 keping tiket habis terjual sehari selepas jualan dibuka menerusi pembelian secara dalam talian.

Iklan
Iklan

Pengesahan jualan tiket sudah habis itu dibuat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi laman Facebook pada Khamis.

"Tiada lagi sebarang penjualan tiket tambahan, sama ada secara dalam talian atau di kaunter tiket stadium.

Iklan

"Jumpa di Bukit Jalil, Sabtu ini!,” kata kenyataan tersebut.

Tiket itu dijual pada harga RM30 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak 6-12 tahun) bagi tempat duduk Terbuka, RM50 bagi tempat duduk Premium dan RM60 bagi tempat duduk Grandstand.

Iklan