Netizen ‘naik angin’ tiket AFF kurang kerana konsert

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu. (Gambar kanan : Tangkap layar dari pengguna Twitter yang marah mengenai pentas di Stadium Nasional Buit Jalil)

SHAH ALAM - Peminat bola sepak negara ‘naik angin’ dengan keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang hanya menjual 59,000 keping tiket bagi perlawanan Separuh Akhir 1 Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 pada Sabtu ini.

Ia susulan 21,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) terpaksa ‘dikosongkan’ bagi kerja-kerja pemasangan struktur pentas konsert artis antarabangsa, Jay Chou yang giat dijalankan.

Iklan
Iklan

Konsert Jay Chou Carnival World Tour - Malaysia itu dijadualkan berlangsung pada 15 Januari ini.

Pemilik akaun @newaccount_901 melahirkan kebimbangan struktur pentas itu masih ada sekiranya Malaysia berjaya melangkah ke peringkat akhir.

Iklan

"Konsert ni akan berlangsung pada 15hb. Final (perlawanan akhir) 13 dan 16. Kalau pergi final pun, benda ni masih ada,” ciapnya.

Seorang lagi peminat bola sepak, @AhhmadSalihin menegaskan, SNBJ sepatutnya dikhususkan untuk bola sepak sahaja.

Iklan

"Menyirap la, tak boleh ke jangan buat apa-apa ‘event’ dekat stadium ni. Buat khas untuk bola sahaja,” katanya.

Pemilik akaun @haqkeemi pula mempersoalkan keputusan tersebut dan menyatakan Malaysia akan kehilangan ribuan penyokong hanya kerana konsert itu berlangsung di stadium berkenaan.

@Hazary10 pula meminta Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh campur tangan dalam memastikan SNBJ dipenuhi penyokong Harimau Malaysia dalam aksi pada Sabtu ini.

"Kalau menteri Hanna Yeoh dulu dah boleh bincang dan harga tiket pun turun sebelum ni, harap dia boleh buat kenyataan dan kuasa untuk buka gate D tu,” siapnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman dilaporkan berkata, FAM dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah berusaha sedaya upaya mencari jalan penyelesaian terbaik.

Jelasnya, situasi itu tidak dapat dielakkan dan perlawanan Separuh Akhir 1 Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 pada Sabtu ini akan tetap berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil memandangkan stadium lain berkapasiti lebih kecil.

Selepas perlawanan itu, skuad Harimau Malaya akan terbang ke Bangkok pada hari Ahad bagi menghadapi pula perlawanan separuh akhir kedua menentang Thailand di Stadium Thammasat pada Selasa, 10 Januari.