Ceroboh Menara Merdeka 118: Menteri minta ruang dapatkan laporan

Iklan
Saifuddin (kiri) bersama Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar ketika mempengerusikan mesyuarat khas di Kementerian Sumber Manusia pada Khamis. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meminta pihak media memberi ruang kepadanya untuk mendapatkan laporan penuh berhubung pencerobohan Menara Merdeka 118 oleh dua warga Rusia.

Menurutnya, insiden tersebut telah dimaklumkan kepadanya.

Iklan
Iklan

"Adalah pramatang untuk saya beri sebarang jawapan dahulu.

"Bagi ruang kepada saya untuk dapatkan laporan penuh.

Iklan

"Rakan media tetap saya akan ingat untuk kongsikan kes ini," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Bersama antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah Jabatan Imigresen Malaysia telah mengenal pasti pasangan warga Rusia tersebut.

Iklan

Sebelum ini seorang wanita dikenali sebagai Angela Nikolau mendedahkan beliau bersama Ivan Beerkus telah menceroboh Menara Merdeka 118 dengan memanjat ke puncak bangunan kedua tertinggi di dunia yang terletak di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Wanita itu menceritakan di Twitter perjalanan dari awal bagaimana dia dapat memasuki menara itu tanpa dihidu oleh mana-mana pihak.