Thailand benar pelancong China masuk tanpa ujian Covid-19

Iklan
China merupakan sumber pelancong asing terbesar di Thailand dengan mencatatkan 11 juta ketibaan pada 2019. - AFP

BANGKOK - Pihak berkuasa Thailand berkata pelancong dari China dibenarkan memasuki negara itu tanpa menjalani ujian Covid-19.

China menyaksikan lonjakan jangkitan dan hospital dibanjiri pesakit Covid-19 selepas Beijing membatalkan sekatan ketat pandemik pada bulan lalu.

Iklan
Iklan

Amerika Syarikat, Kanada, Jepun dan Perancis antara negara yang mengenakan peraturan baharu dengan mewajibkan pelancong China mengemukakan ujian negatif Covid-19 susulan lonjakan kes di negara tersebut.

Namun, Thailand menyatakan semua negara harus dilayan sama rata.

Iklan

"Thailand tidak memerlukan keputusan ujian Covid daripada pelancong mana-mana negara," kata Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul.

Menurut data kerajaan, China merupakan sumber pelancong asing terbesar di Thailand dengan mencatatkan 11 juta ketibaan pada 2019. - AFP

Iklan