SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengumumkan lantikan baharu melibatkan ketua-ketua negeri yang telah dipersetujui oleh Majlis Eksekutif Pusat (MEP).
Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, pelantikan berkenaan adalah bagi memastikan kelancaran dan kesiapsiagaan Pejuang untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.