Enam didakwa sebar video serangan masjid

Iklan
Philip Arps dihadapkan ke mahkamah di sini. - Daily Mail

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND . Seramai enam individu dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menyebarkan video serangan masjid di Christchurch pada 15 Mac lalu.

Memetik Daily Mail, hakim Mahkamah daerah Christchurch, Stephen O'Driscol melarang ikat jamin terhadap ahli perniagaan, Philip Arps dan seorang lagi suspek berusia 18 tahun turut direman pada Mac lalu.

Iklan
Iklan

Dakwaan itu melibatkan kesalahan menyebarkan bahan yang tidak menyenangkan dan ia boleh membawa hukuman penjara hingga 14 tahun.

Arps, 44, dijangka tampil untuk sebutan kes semula menerusi panggilan video pada 26 April ini.

Iklan

Manakala suspek berusia 18 tahun akan dihadapkan ke mahkamah pada 31 Julai ini.

Untuk rekod, serangan pada 15 Mac lalu melibatkan serangan bersenjata di sebuah masjid di Christchurch mengakibatkan kematian 50 orang.

Iklan

Dalam kejadian itu, seorang pengganas telah menembak sekumpulan jemaah yang ketika itu menunggu solat Jumaat di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood.