Pemuda dipercayai pengedar dadah ditahan

Iklan
Seorang lelaki ditahan di rumahnya di Taman Permai pada pagi Rabu kerana dipercayai mengedar dadah. - Gambar hiasan

SIBU - Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan di rumahnya di Taman Permai, di sini jam 11.30 pagi Rabu kerana dipercayai mengedar dadah.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili dalam kenyataan berkata, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik yang membuat serbuan ke rumah itu menemukan dua balutan kertas timah berwarna keemasan berisi ketulan mampat daun-daun kering dipercayai ganja.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, polis turut menemukan 11 peket plastik lut sinar berisi daun-daun kering yang juga dipercayai ganja.

Katanya, berat ganja dirampas adalah 2.343 kilogram bernilai RM6,759.

Iklan

Zulkipli berkata, saringan air kencing suspek negatif namun dia mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

"Lelaki itu kini ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori," katanya. - Bernama

Iklan