SERDANG - Polis telah menerima laporan berkaitan video tular yang memaparkan tiga lelaki sedang menunggang kereta lembu di Jalan Besar, Seri Kembangan di sini, pada Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pemilik kereta lembu itu telah membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan pada Khamis.