Satu jam bibir tersepit di penutup botol air

Iklan
Bibir seorang kanak-kanak lelaki tersepit pada penutup botol air sehingga terpaksa dikejarkan ke klinik untuk mendapatkan bantuan. - Foto PGOKL

KUALA LUMPUR - Seorang murid Tahun Satu terpaksa dikejarkan ke sebuah klinik desa selepas bibirnya tersepit pada penutup botol air dalam kejadian di sekitar Jalan Jelatek, di sini pada Jumaat.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur (PGOKL) dalam satu kenyataan memaklumkan, enam anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba Penyelamat Keramat dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 10 pagi.

Iklan
Iklan

"Anggota bomba berjaya mengeluarkan bibir mangsa dari penutup botol dengan menggunakan peralatan khas pencanai mini dengan selamat," menurut kenyataan pada Jumaat.

Kenyataan itu memaklumkan, mangsa yang mengalami kecederaan bengkak di bahagian bibir telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Iklan
Iklan