HANOI - Polis menahan dan memulakan prosiding jenayah terhadap bekas Duta Vietnam ke Malaysia, Tran Viet Thai atas pertuduhan 'menyalahgunakan kedudukan dan kuasa', lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Bekas pegawai Kedutaan Vietnam di Malaysia, Nguyen Hoang Linh turut didakwa atas pertuduhan yang sama dan dilarang meninggalkan kediamannya, kata Ketua Pejabat dan Jurucakap Kementerian Keselamatan Awam (MPS) Leftenan Jeneral To An Xo pada Khamis.