SEPANG - Seorang pelajar parah dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah di sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 pagi selepas mangsa ditemui terbaring berlumuran darah di bahagian kepala.
Iklan
Iklan
Menurutnya, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Putrajaya dengan ambulans pada jam 10.25 pagi.
"Mangsa dalam kejadian ini adalah pelajar lelaki Tingkatan Tiga berusia 15 tahun.
"Tiada unsur jenayah dalam kes ini. Mangsa kini berada di Zon Merah Hospital Putrajaya dalam keadaan tidak sedar dan kritikal," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.