ROTTERDAM - Muhammad menjadi nama kedua paling popular yang menjadi pilihan ibu bapa untuk bayi lelaki di Belanda pada 2022, lapor Agensi Anadolu.
Menurut data terkini Dutch Social Insurance Bank (SVB) pada Khamis, Noah pula nama paling popular di negara ini dengan seramai 871 bayi manakala Emma pula menjadi pilihan untuk bayi perempuan seramai 677.