ANKARA - Penggodam dilaporkan mencuri data peribadi lebih 200 juta pengguna Twitter dan berkongsi butiran ini termasuk alamat e-mel dan nombor telefon.
Insiden itu"akan mendorong lebih banyak aktiviti penggodaman, pancingan data yang disasarkan serta doxxing," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Alan Gal, pengasas bersama firma pemantauan keselamatan siber Israel Hudson Rock pada Rabu.
Iklan
Iklan
Menyifatkan pelanggaran itu sebagai"satu daripada kebocoran paling ketara" yang pernah dilihat sepanjang hidupnya, Gal mula menyiarkannya di laman rangkaian sosial LinkedIn yang berfokuskan perniagaan pada 24 Dis.
Twitter belum memberi sebarang respons dan tidak dapat dipastikan sama ada platform media sosial ini telah mengambil sebarang langkah untuk menyiasat atau menangani isu itu.
Identiti penggodam belum dikenal pasti.
Kegiatan ini mungkin berlaku seawal 2021, sebelum jutawan Elon Musk mengambil alih syarikat itu pada Oktober lepas. - Bernama
Artikel Berkaitan