KUALA LUMPUR - Aksi perlawanan separuh akhir Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 antara Malaysia dengan Thailand di Stadium National Bukit Jalil, esok diramal berlangsung dalam keadaan hujan.
MetMalaysia melalui laman Facebook rasminya hari ini memaklumkan, cuaca di sebelah pagi dan petang dijangka baik namun diramal hujan pada waktu malam.