Ancaman bom, pesawat Jetstar buat pendaratan cemas di Jepun

Iklan
Pesawat penerbangan Jetstar melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair di wilayah Aichi, Jepun pada Sabtu. - Gambar hiasan

TOKYO - Pesawat penerbangan Jetstar melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair di wilayah Aichi, Jepun pada Sabtu akibat ancaman bom, lapor Sputnik memetik penyiar NHK.

Pesawat itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita dekat Tokyo menuju ke Fukuoka yang terletak di Pulau Kyushu, Jepun.

Iklan
Iklan

Pesawat itu membawa 136 penumpang dan enam anak kapal. Seorang penumpang mengalami kecederaan ringan semasa proses mengeluarkan penumpang.

Polis sedang menyiasat punca kejadian dan menjalankan pemeriksaan ke atas pesawat. - Bernama

Iklan

Iklan