SHAH ALAM - Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail menyifatkan insentif khas kepada pesawah dapat mengurangkan beban rakyat serta memberi kelegaan kepada golongan pesawah.
Menurutnya, dianggarkan seramai 240,000 pesawah di negara ini menerima manfaat sumbangan khas bantuan daripada Padiberas Nasional Berhad (Bernas) bernilai RM60 juta.
Iklan
Iklan
"Ia diumumkan oleh Kerajaan Perpaduan dan tentunya sumbangan ini memberi kelegaan kepada pesawah-pesawah.
Selasa lalu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) menjelaskan penyaluran peruntukan khas daripada Bernas berjumlah RM10 juta bagi tahun 2022 dilaksanakan secara berperingkat kepada tiga negeri di Pantai Timur terlebih dahulu iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang melibatkan seramai 20,598 pesawah.
Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, pesawah dari negeri lain akan menerima bantuan khas ini apabila baki berjumlah RM50 juta disalurkan bermula awal tahun 2023.
Rodziah yang juga Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor itu menambah, kerajaan memahami kos sara hidup semakin meningkat hari ini, dan kerajaan prihatin untuk memberikan bantuan berkenaan.