Manchester United singkir cabaran Everton

Iklan
Rashford meraikan jaringan bersama pemain United lain.

PENYERANG England, Marcus Rashford kembali menjaringkan gol ketika Manchester United meraih kemenangan 3-1 ke atas Everton dalam pusingan ketiga Piala FA di Stadium Old Trafford.

United yang menurunkan kesebelasan terbaik terlebih dulu mendahului menerusi penyerang Brazil, Antony hasil rembatan minit keempat.

Iklan
Iklan

Everton yang tanpa kemenangan dalam tujuh perlawanan terakhir semua kejohanan sebelum lawatan ke Old Trafford, apabila Connor Coady memanfaatkan kesilapan penjaga gol United, David de Gea untuk kembali menceriakan penyokong The Toffees.

Babak kedua United mempunyai beberapa peluang untuk melebarkan kedudukan sebelum Coady menjaringkan gol sendiri pada minit ke-52' melepasi penjaga gol Everton, Jordan Pickford untuk meletakkan tuan rumah 2-1 di depan.

Iklan

Pada penghujung perlawanan, Rashford menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan untuk gol bagi perlawanan kelima berturut-turut dan memastikan kemenangan ketujuh berturut-turut dalam semua pertandingan untuk United.

"Dari segi persembahan ini mungkin aksi terbaik yang pernah saya di atas padang.

Iklan

"Saya amat gembira apabila berada dalam kedudukan dan kawasan untuk menjaringkan gol. Jika saya terus mencipta peluang, saya rasa akan terus menjaringkan gol.

"Kami gembira untuk mara ke pusingan seterusnya dan yang lebih penting kami mengekalkan momentum dan memenangi perlawanan," kata Rashford.