36 saksi dipanggil kes letupan bungkusan

Iklan
Antara bahan yang dirampas dipercayai digunakan untuk membuat bom (gambar kiri). Sasikala menunjukkan antara barang yang dirampas (gambar kanan).

AMPANG - Seramai 36 saksi telah dirakam percakapan bagi melengkapkan siasatan berhubung kejadian letupan bungkusan di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah, di sini 29 Disember lalu.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, pihaknya yakin siasatan berhubung kes berkenaan hampir selesai dan akan dilengkapkan dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

"Bertindak atas maklumat risikan pada 3 Januari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor membuat tangkapan atas sepasang suami isteri warga tempatan di Taman Serdang, Kedah.

"Polis percaya tangkapan ini boleh bantu selesaikan kes ini. Susulan tangkapan itu, sepasukan polis dari JSJ Selangor membuat pemeriksaan ke atas sebuah rumah di Taman Serdang, Kedah dan menemui barangan dipercayai digunakan untuk membuat bahan letupan," katanya pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya yang turut dihadiri Ketua JSJ IPK Selangor, Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesahkan motif sebenar kejadian berkenaan namun siasatan awal mendapati ianya bersifat peribadi.

Iklan

Tambahnya, setakat ini, tiada suspek baharu yang dikaitkan dengan kejadian letupan berkenaan selain pasangan suami isteri berkenaan.

Pada 4 Januari Sinar Harian melaporkan, polis menemui beberapa bahan dipercayai digunakan untuk membuat bom menerusi serbuan di sebuah rumah di Serdang, Kedah yang membawa kepada tangkapan melibatkan pasangan suami isteri dipercayai terlibat dalam kejadian letupan di Pandan Indah.

Sumber berkata, pemeriksaan dijalankan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di rumah terbabit menemukan beberapa kandungan bahan sama yang dipercayai untuk menghasilkan bahan letupan itu.

Sebelum itu, sepasang suami isteri dilaporkan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kejadian letupan melibatkan seorang tukang masak maut.