Rauf, Sulaiman kekal bersahabat

Iklan
Tangkap layar video memaparkan Ab Rauf (kiri) dan Sulaiman (dua dari kiri) yang dimuat naik di Facebook.

MELAKA - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menafikan keadaan politik negeri itu bergolak sekali lagi.

Beliau yang juga Exco Perindustrian Perlaburan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Melaka berkata, angin bertiup kencang itu merupakan fitnah sengaja ditimbulkan untuk meretakkan hubungan persahabatan yang terjalin di antara dirinya dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sejak lebih 13 tahun lalu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sentiasa saling menyokong di antara satu sama lain selain tidak berlaku salah faham atau persengketaan.

"Adalah malang muncul tokoh-tokoh berkepentingan menabur fitnah kepada saya dan juga melaga-lagakan hubungan kami berdua termasuk hubungan dengan Kamarul (Bekas Bendahari UMNO Bahagian Masjid Tanah).

Iklan

"Hanya ajal dan maut yang akan memisahkan persahabatan kami bertiga," katanya menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Facebook Penerangan BN Masjid Tanah sejak malam Jumaat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara turut menasihatkan rakyat negeri ini bertenang dan bersabar, mereka bertiga akan bersama dalam apa jua keadaan.

Iklan

"Saya menegaskan kepada yang berkepentingan dalam isu ini, kami bertiga memerhatikan tingkah laku dan karakter mereka dalam memainkan isu ini hingga menghangatkan keadaan politik Melaka," katanya lagi.

Ikuti perkembangan semasa politik negara di sini!