Liverpool resah kecederaan Van Dijk

Iklan
Van Dijk mungkin terpaksa berehat untuk tempoh lama. - Foto AFP

PERTAHANAN Liverpool, Virgil van Dijk kemungkinan terpaksa diketepikan untuk satu tempoh yang lama selepas mengalami kecederaan hamstring.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp berkata, ia merupakan satu berita buruk buat The Reds yang ketika ini amat memerlukan khidmat tonggak Belanda itu di benteng pertahanan.

Iklan
Iklan

"Ia adalah satu kejutan untuk kami dan jelas satu tamparan hebat. Selepas pemeriksaan, ia agak teruk. Kita bukan bercakap tentang minggu tetapi kemungkinan dia perlu berehat lebih dari sebulan.

Vin Dijk mengalami kecederaan tersebut ketika kekalahan 1-3 kepada Brentford Ahad lalu dan berkemungkinan akan terlepas perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Brighton, Chelsea dan Wolves.

Iklan

Dalam pada itu, Klopp mengakui gembira dengan apa yang dipamerkan pemain baharunya, Cody Gakpo dalam sesi latihan.

"Saya sangat positif tentang dia. Cody mendapat ruang yang sama seperti setiap pemain. Dia perlu menyesuaikan diri secara ofensif, ia tidak semudah itu. Dia datang dari liga yang berbeza. Itu sentiasa sukar.

Iklan

"Sudah tentu dengan situasi kami, ia sangat menggembirakan untuk mempunyai pemain sempurna dalam banyak perkara di bahagian serangan permainan dan tahu di mana kedudukan gol.

"Dia gembira dan menikmati setiap detik pada masa ini. Itu sangat bagus," katanya.