SIBU - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof akan mencari jalan bagaimana agensi Persekutuan yang berkaitan dapat membantu meringankan bebanan kerajaan Sarawak dalam menyediakan rumah mampu milik untuk generasi muda.
Beliau berkata, penyediaan rumah mampu milik merupakan satu cabaran yang besar di Sarawak berikutan kebanyakan kawasan adalah bertanah paya gambut seperti di Bahagian Sibu.
Menurutnya, perkara tersebut telah disuarakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka kepada beliau berikutan kesukaran generasi muda di Sibu mendapatkan rumah mampu milik.
Fadillah yang tiba di Sibu untuk lawatan rasmi yang pertama ke Sarawak sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Jumaat memberitahu soal peluang dari segi perniagaan untuk memperluaskan ekonomi turut disampaikan kepadanya semasa berinteraksi dengan masyarakat di Sibu.
Sementara itu, Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi memberitahu pengeluaran lada di Sarawak masih boleh diperkembangkan lagi.
Katanya, beliau akan berbincang dengan agensi di bawah kementeriannya khasnya Lembaga Lada Malaysia mengenai bagaimana untuk membantu pekebun kecil lada mengembangkan lagi tanaman mereka di samping memastikan harga lada yang baik.
Menurutnya, kerajaan perlu menarik minat orang ramai untuk kembali menanam lada dan mengeluarkan hasil lada yang dikenali sebagai produk premium di peringkat dunia.
Menyentuh mengenai lawatannya, Fadillah berkata, Sibu menjadi pilihan sebagai lokasi pertama lawatan rasminya kerana Sibu adalah tempat kelahirannya.
Fadillah berkesempatan mengikuti kuliah subuh di Masjid An Nur sebelum melawat makam pahlawan negara, Rosli Dhobi dan bersarapan pagi bersama kariah masjid.
Selepas selesai melawat Pasar Sentral Sibu, Fadillah dan isterinya, Datin Seri Ruziah Mohd Tahir melawat Kompleks Kebajikan Juma'ani Tuanku Haji Bujang di Kemuyang. - Bernama