Kevin McCarthy dilantik Speaker Kongres AS

Iklan
McCarthy berdepan tentang kira-kira 20 anggota 'hardline' GOP sejak Selasa lalu. - Foto Agensi

WASHINGTON - Pusingan undi ke-15 akhirnya berpihak kepada Kevin McCarthy untuk dipilih sebagai Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) selepas kebuntuan itu mendedahkan kepincangan Parti Republikan (GOP) walaupun ia kini mengawal Kongres ke-118.

Gerakan penentangan dalam kalangan anggota GOP yang diketuai Matt Gaetz sejak empat hari lalu akhirnya akur untuk memberi kepercayaan kepada McCarthy, 57, bagi mengambil alih jawatan yang pernah dipegang Nancy Pelosi.

Iklan
Iklan

"Saya harap satu perkara jelas selepas minggu yang 'huru-hara' ini iaitu saya tidak akan berputus asa termasuk dengan rakyat Amerika," katanya menerusi Twitter selepas kemenangannya meraih 216 undi melepasi 212 undi yang diperlukan dan turut menewaskan calon Parti Demokrat, Hakeem Jeffries.

Presiden Joe Biden dalam satu kenyataan menzahirkan ucapan tahniah kepada bekas Pemimpin Minoriti itu dan menggesa kerjasama antara kedua-dua parti. - AFP

Iklan

Info:

>Pada 1923, Frederick Gillet akhirnya dilantik sebagai Speaker selepas sembilan pusingan undian yang berlangsung selama beberapa hari.

Iklan

>Tempoh kebuntuan paling lama adalah pada 1860 yang menyaksikan 44 pusingan pengundian terpaksa dilakukan.

>Rekod sepanjang masa adalah pada 1855-56 yang disifatkan sebagai Speaker paling dipertikaikan dalam sejarah Amerika. Pada masa itu, sebanyak 133 undi diperoleh dalam tempoh dua bulan sehingga Nathaniel Banks menjadi Speaker Kongres ke-34.