KOTA KINABALU - Satu surat mengenai Majlis Angkat Sumpah Ahli Jemaah Menteri Sabah yang baharu akan diadakan pada Isnin tular di media sosial pada Sabtu.
Bagaimanapun, kesahihan surat itu tidak dapat disahkan.
Dipercayai surat itu sengaja disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk mencetuskan ketegangan politik yang berlaku di Sabah.
Sebelum itu, surat terbabit didakwa dari Istana Seri Kinabalu ditujukan kepada Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Karamunsing, Kota Kinabalu.
Antara isi kandungan surat itu adalah berkaitan majlis angkat sumpah ahli jemaah negeri Sabah yang baharu.
Surat itu turut disertakan tarikh majlis yang akan diadakan jam 9 pagi pada 9 Januari 2023, bertempat di Dewan Istiadat Istana Seri Kinabalu Kota Kinabalu.
Surat itu turut memohon bantuan dan kerjasama pihak polis untuk menjalankan tugas daripada Unit Pengesan Bom untuk membuat 'Security Sweep' jam 8 pagi pada 1 Januari 2023.
Surat itu turut meminta anggota polis trafik untuk mengawal lalu lintas dan meletak kenderaan yang teratur pada tarikh yang sama.
Sebelum itu, surat terbabit tular di aplikasi WhatsApp dan terdapat sekeping lagi surat yang sama turut tular bagaimanapun menggunakan tarikh yang berlainan iaitu 9 Januari 2019.
Ikuti perkembangan politik semasa negara di sini!