SHAH ALAM - Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Sabtu memberi penjelasan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkenaan isu pergolakan politik Sabah.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu menerusi hantaran dimuat naik di Facebooknya turut memberi gambaran bahawa akan ada pengakhiran apa yang berlaku itu.
"Mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri, selaku Presiden UMNO memaklum dan memberi penjelasan berkenaan isu pergolakan politik Sabah.
"Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. Perjuangan baru bermula dan perjalanan masih jauh dan panjang!,” katanya yang turut memuat naik beberapa keping gambar pertemuan bersama Ahmad Zahid.
Menerusi gambar tersebut, turut dilihat Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Bung Moktar berkata, keputusan itu diambil susulan tindakan Hajiji yang melanggar perjanjian persefahaman politik antara BN Sabah dalam pembentukan kerajaan Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula pada Sabtu dilapor memberi gambaran bahawa keadaan politik di Sabah masih tenang buat sementara ini di sebalik beberapa perkembangan yang berlaku pada Jumaat.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, beliau telah menghubungi beberapa pimpinan utama parti di negeri tersebut untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung isu tersebut.
Ikuti perkembangan politik semasa negara di sini!