KOTA KINABALU - Timbalan Presiden, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Arthur Joseph Kurup dilantik menjadi presiden parti itu, bagi menggantikan ayahnya, Tan Sri Joseph Kurup yang melepaskan jawatan itu pada Sabtu.
Ketua Penerangan PBRS, Datuk Fredie Sua dalam kenyataan berkata, Joseph mengumumkan mengenai hasratnya itu semasa mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PBRS, di Kota Kinabalu pada Sabtu.
"Dalam ucapan amanatnya, beliau (Joseph) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua AMT dan ketua bahagian serta seluruh ahli PBRS, yang kekal setia dan konsisten berjuang bersama dalam parti sejak penubuhan PBRS pada tahun 1994,” katanya.
Berikutan itu AMT telah meluluskan usul untuk melantik Joseph, sebagai Pengerusi Kehormat PBRS berkuat kuasa serta-merta.
Kurup, 78, yang mula berkecimpung dalam bidang politik pada 1985 dengan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS), pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sook atas tiket PBS pada 1985-1999 dan 2004, selain sebagai Ahli Parlimen Pensiangan pada 2003.
Antara jawatan penting yang pernah disandang di peringkat negeri termasuk Timbalan Ketua Menteri Sabah, Menteri Pembangunan Sumber dan Usahawan, Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat serta Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Sementara itu di peringkat pusat pula, beliau pernah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2013-2018.
PBRS merupakan parti komponen Barisan Nasional bersama UMNO, MCA dan MIC. - Bernama