Bayern 'sisih' Noussair

Iklan
Noussair Mazraoui - Foto AFP

BEK sayap Bayern Munich, Noussair Mazraoui akan diketepikan selepas mengalami komplikasi jantung akibat Covid-19 semasa percutiannya selepas Piala Dunia, kata kelab Bundesliga itu pada Sabtu.

Pemain berusia 25 tahun itu diuji positif semasa Piala Dunia di Qatar, yang memaksanya terlepas kemenangan 1-0 Maghribi pada suku akhir ke atas Portugal.

Iklan
Iklan

"Semasa pemeriksaan susulan... Noussair disahkan mengalami keradangan ringan pada perikardium,” kata Bayern dalam satu kenyataan tanpa menyebut berapa lama Noussair akan kembali pulih.

Kenyataan itu menambah bahawa Noussair tidak dapat terbang bersama pasukan ke Doha ketika mereka bersedia untuk separuh kedua musim ini di kem latihan dan akan menjalani ujian tetap untuk memutuskan bila dia boleh menyambung semula latihan.

Iklan

Ini adalah tahun kedua berturut-turut pemain kelahiran Maghribi telah diketepikan kerana masalah jantung berkaitan Covid-19.

Jurulatih Julian Nagelsmann terpaksa berhadapan dengan kehilangan seorang lagi pemain utama selepas Manuel Neuer (patah tulang tibia) dan Lucas Hernandez (ligamen koyak) kedua-duanya diketepikan untuk baki musim ini.

Iklan

Penyandang juara Bayern mendahului kedudukan Bundesliga dengan empat mata dan meneruskan kempen mereka menentang RB Leipzig pada 20 Januari.