'Rebranding' idea BN, PH jangan jadi Pak Pandir moden: Suraya

Iklan
Suraya

PENDANG - Kerajaan PH perlu bersikap rasional dan tidak seharusnya malu untuk meneruskan dasar, program ataupun idea kerajaan BN yang terbukti berkesan dan memberi manfaat besar kepada masyarakat.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Suraya Yaacob berkata, keputusan PH yang mengambil jalan mudah dengan melakukan 'rebranding' atau penjenamaan semula idea dan program kerajaan BN sebelum ini hanya akan menambahkan lagi kos dan menyusahkan rakyat.

Iklan
Iklan

"Pemimpin tertinggi PH selalu mengatakan hutang negara tinggi dan meminta rakyat bersabar. Mereka juga turut meminta rakyat berkorban sedangkan proses penjenamaan semula sesuatu dasar juga melibatkan kos yang agak tinggi," katanya.

Suraya berkata, beliau tidak dapat melihat sebarang keperluan tindakan Kementerian Pendidikan melakukan penjenamaan semula terhadap Program Permata kepada Genius.

Iklan

"Sudahlah 'genius' itu bukan bahasa kebangsaan, malah perubahan kepada nama program itu akan melibatkan kos buat semula papan tanda, kepala surat dan banyak lagi yang perlu ditukar.

"Semuanya memerlukan kos yang juga melibatkan duit rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Tegas Suraya, menteri pendidikan perlu menghayati konsep asas dan tujuan sebenar penubuhan program Permata.

"Sebagai contoh, Permata Kurnia merangkumi pendidikan untuk anak-anak kurang upaya seperti disleksia, cerebral palsy dan sebagainya.

"Program ini bukan fokus kepada 'genius' yang dibayangkan menteri pendidikan dan ia ditubuhkan bagi memastikan mereka bersedia untuk menghadapi cabaran hidup pada masa akan datang," jelasnya.

Suraya berkata, Permata adalah untuk masa depan anak-anak Malaysia, bukan merupakan alat politik mana-mana pihak.

Dalam pada itu, Suraya turut menyentuh isu yang berlaku ke atas Pembukaan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang mana waktu perkhidmatan telah dikurangkan untuk masa-masa tertentu sahaja.

Katanya, ia sama sekali bercanggah daripada konsep asal UTC yang ditubuhkan untuk memudahkan rakyat.

"Tindakan PH yang suka 'rebranding' idea kerajaan BN itu menandakan mereka hanya tahu menjadi pembangkang dan tidak tahu bekerja sebagai kerajaan.

"Mereka sebelum ini hanya tahu membangkang sahaja dan mungkin mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka bangkang itu memberi faedah besar kepada rakyat," katanya.

Katanya, justeru beliau berharap supaya kerajaan PH tidak menjadi seperti Pak Pandir moden.

"Hentikan ego politik dan cubalah bersikap rasional demi kebajikan rakyat. Jika tidak tahu menjadi sebuah kerajaan yang baik, bubarlah Parlimen serta semua kerajaan negeri, dan adakan PRU15.

"Saya yakin majoriti rakyat akan kembali memberi mandat kepada Kerajaan BN dan Pas," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nooryana bidas Permata jadi Genius