BANDARAYA MEXICO - Seorang maut dan 57 lagi cedera selepas dua buah kereta api metro bertembung, kata Setiausaha Keselamatan Awam Bandaraya Mexico, Omar Garcia Harfuch.
Pada Sabtu pagi, dua kereta api berlanggar di laluan metro ketiga di Bandaraya Mexico dan laporan media awal mengatakan seorang maut manakala 14 lagi cedera.