Beri peluang kerajaan baharu jalankan tugas - Khairy

Iklan
Khairy ditemui ketika sedang menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa.

SHAH ALAM - Kerajaan baharu perlu diberi peluang untuk menjalankan tugas memandangkan negara pada ketika ini memerlukan kestabilan politik.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, prestasi kerajaan itu perlu dilihat pada jangka masa panjang dan tidak bagus untuk negara sekiranya terlalu cepat pertukaran pimpinan itu dilakukan.

Iklan
Iklan

"Pendapat saya negara kita memerlukan kestabilan politik, jadi buat masa ini kita kena bagi peluang kepada kerajaan baru untuk menjalankan tugas.

"Sebab saya rasa tidak bagus kalau kita cepat sangat tukar. Sekarang ini kita kena ada kestabilan politik tetapi ‘long term’ (jangka masa panjang) kita kena tengoklah,” katanya ketika dalam sebuah hantaran video di platform YouTube pada Sabtu.

Iklan

Beliau ketika itu ditemui sedang menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada bekas Ketua Pemuda UMNO itu akan bertanding sebagai calon Presiden UMNO yang akan datang, beliau enggan mengulas.

Iklan

Selain itu, turut ditanya mengenai perancangan Khairy Jamaluddin pada masa akan datang, beliau berkata, tunggu dan lihat.

"Perancangan masa depan saya? Kita tunggu dan lihat,” ujarnya.