Nama Permata ditukar kepada Genius

Iklan
Dr Maszlee Malik

NILAI - Kabinet telah bersetuju untuk menukar nama Program Permata Negara (Permata) kepada Genius dengan pengisian program yang akan ditingkatkan kualitinya.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, pertukaran nama itu diputuskan oleh Kabinet untuk memberikan satu jenama baharu.

Iklan
Iklan

"Tetapi ada beberapa program di bawah Permata yang diberikan kepada Universiti Sains Islam Malaysia.

"Terdapat program akan dipertingkatkan dari segi kualitinya meskipun fungsi dan peranan asalnya masih lagi sama,” katanya selepas satu program di sini semalam. - Bernama

Iklan
Iklan