Satu sungai di Terengganu lepasi paras bahaya

Iklan
Banjir kilat yang melanda sekitar Gong Badak, Kuala Nerus susulan hujan lebat sejak malam tadi.

KUALA TERENGGANU – Hujan lebat berterusan di Terengganu sejak Sabtu menyebabkan paras air sungai meningkat dengan satu sungai direkodkan melepasi tahap bahaya.

Laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang dikemas kini pada jam 12.15 tengah hari Ahad melaporkan, Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Setiu mencatatkan bacaan 8.55 meter.

Iklan
Iklan

Paras air tersebut melepasi tahap bahaya iaitu 8.40 meter.

Bagaimanapun, 23 stesen sukatan paras air sungai lain yang dikendalikan JPS masih menunjukkan bacaan paras normal.

Iklan

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Terengganu, Hanafiah Mat berkata, beberapa kawasan rendah di sekitar Kuala Nerus dilanda banjir kilat pada pagi Ahad susulan hujan lebat.

"Taman Perumahan Murni Permai di Tok Jembal dilaporkan dinaiki air pagi tadi tapi sudah surut sedikit selepas hujan reda.

Iklan

"Kita harap hujan lebat tidak berlarutan namun sekiranya air makin naik, penduduk akan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Tok Jembal.

"Kita masih dalam musim Monsun Timur Laut, jadi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir,” katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan dan Terengganu sehingga Sabtu.