Liverpool nyaris disingkir Wolves

Iklan
Nunez (kanan) meledak satu gol ketika Liverpool terikat 2-2 dengan Wolves dalam saingan pusingan ketiga Piala FA pada Ahad. Foto EPA

LIVERPOOL berdepan saingan sengit apabila diikat 2-2 dengan Wolverhampton Wanderers dalam aksi pusingan ketiga Piala FA di Anfiel, awal pagi Ahad.

Pasukan pelawat hampir menyingkirkan juara bertahan itu, namun bernasib baik apabila jaringan Toti dibatalkan selepas didapati ofsaid.

Iklan
Iklan

Pada aksi itu, Wolves terlebih dahulu di depan hasil kesilapan penjaga gol Alisson apabila hantarannya dipintas Goncalo Guedes yang menolak bola ke gawang pada minit ke-26.

Tuan rumah bagaimanapun menyamakan kedudukan sejurus sebelum rehat menerusi rembatan Darwin Nunez yang menewaskan penjaga gol Wolves, Matija Sarkic selepas menerima hantaran Trent Alexander-Arnold.

Iklan

Pemain Mesir, Mohamed Salah meletakkan Liverpool di depan selepas rehat menerusi rembatan dalam kotak penalti ekoran kesilapan pertahanan Wolves, Toti yang tertanduk bola ke belakang.

Wolves enggan mengalah terus mengasak kubu Liverpool dan berjaya menyamakan kedudukan apabila Hwang Hee-chan menewaskan Alisson selepas menerima hantaran daripada pemain gantian Matheus Cunha.

Iklan

"Kami beraksi sangat baik tetapi kemudiannya kami melepaskan gol. Ia tidak sepatutnya berlaku tetapi kami semua tahu, Ali (Alisson) banyak kali menyelamatkan kami,” kata Klopp.

Dalam pada itu, bintang baharu Liverpool, Cody Gakpo tampil buat kali pertama selepas berpindah dari PSV Eindhoven pada awal jendela perpindahan Januari.

"Tidak mudah untuk aksi pertama. Kami tak boleh jangka yang sempurna tetap dia menunjukkan petanda positif. Kami perlu menjadikan dia lebih baik dan masanya akan tiba,” ujar Klopp.