MHAB giatkan langkah keselamatan kesihatan

Iklan
MAHB telah merekodkan kira-kira 143,000 pergerakan pesawat antarabangsa bagi operasinya di Malaysia pada tahun lepas. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Langkah keselamatan kesihatan di lapangan terbang telah dilaksanakan sejak bermulanya pandemik dan akan diteruskan dengan lebih giat terutamanya berikutan peningkatan ketara pergerakan trafik antarabangsa pada 2022, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Dalam kenyataan pada Ahad, MAHB berkata, kumpulan itu telah merekodkan kira-kira 143,000 pergerakan pesawat antarabangsa bagi operasinya di Malaysia pada tahun lepas dengan sebahagian besar pergerakan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) iaitu sekitar 111,000.

Iklan
Iklan

"Menerusi kelonggaran sekatan perjalanan terkini oleh kerajaan China, kumpulan menjangkakan jumlah pergerakan antarabangsa di rangkaian lapangan terbang kami akan mencatat lebih banyak peningkatan pada 2023.

MAHB berkata, KLIA dijangka menerima 11 penerbangan dari China pada Ahad dengan sembilan daripadanya di terminal utama KLIA manakala dua lagi di klia2.

Iklan

Lapangan terbang tersebut akan menerima purata sebanyak 10 penerbangan harian pada minggu akan datang, katanya.

Menurut MAHB, kumpulan itu akan terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan dan agensi lain yang berkaitan untuk memastikan keselamatan kesihatan semua penumpang di rangkaian lapangan terbangnya terpelihara.

Iklan

Berikutan perkembangan positif ini, kumpulan itu telah meningkatkan persediaan untuk menyambut ketibaan lebih ramai penumpang terutamanya dari segi kemudahan dan penambahbaikan perkhidmatan.

Ini termasuk menyediakan sebanyak 16 bas ulang-alik yang beroperasi 24 jam seminggu untuk memastikan pergerakan penumpang di antara bangunan satelit dengan bangunan terminal utama berjalan lancar sebagai alternatif kepada perkhidmatan Aerotrain, serta penyediaan meja bantuan yang diuruskan oleh kakitangan yang boleh berbahasa Mandarin di kedua-dua terminal di KLIA. - Bernama