SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara rasmi memecat bekas Naib Presidennya, Tian Chua ekoran tindakan pemimpin itu bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Iklan
Iklan
Menurutnya, keputusan pemecatan Tian Chua bersama empat lagi anggota PKR itu dibuat semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti pada malam Sabtu.
Menurut Yee Kew, empat lagi anggota lain ialah Puah Chee Haur daripada Cabang PKR Parit Buntar, Ahmad Tarmizi Mohd Ghazali (Cabang Gopeng) dan M Mohganan (cabang Taiping) dan Nur Khairunisa Abdullah (Cabang Sadong).
Puah dan Ahmad Tarmizi masing-masing bertanding di bawah tiket Parti Warisan (Warisan di Keranji dan Chenderiang) manakala Mohganan bertanding sebagai calon bebas di Taping.
Nur Khairunisa pula bertanding di Sadong Jaya semasa pilihan raya Sarawak 2021.
Tian Chua pernah menjadi Ahli Parlimen Batu di bawah PKR selama dua penggal bermula pada tahun 2008 hingga 2018.