Jakarta - Kes curang melibatkan menantu dan ibu mertua di Indonesia yang menjadi tular di media sosial 'semakin panas'.
Setelah skandal itu terbongkar, Rozy dilaporkan membuat aduan terhadap bekas isterinya, Norma Risma di balai polis Banten kerana mencemarkan nama baiknya pada Khamis lalu.
Lelaki itu turut menegaskan dia dengan ibu mertuanya tidak berzina seperti yang didedahkan di media sosial hingga mengundang kecaman ramai.
Penasihat undang-undang mewakilinya, Jumhadi turut meminta Norma Risma mengemukakan bukti berhubung tuduhan kliennya melakukan hubungan intim dengan ibu kandungnya.
Sementara itu, Rozy menjelaskan insiden itu berlaku kerana salah faham.
"Saya cuma mahu curhat (mencurahkan perasaan) kepada ibu mertua saya. Mereka pula menuduh kami melakukan perbuatan tidak senonoh," katanya.
Difahamkan, Rozy ditangkap penduduk setempat dalam keadaan tanpa seurat benang bersama ibu mertuanya.
Susulan insiden itu, Norma Risma berkongsi rasa sedih dan kecewa kerana dikhianati dua insan yang disayanginya menerusi Facebook.
Tidak lama selepas itu, Rozy pula membalas curahan hati tersebut dan menggesa supaya isterinya menutup aib keluarga mereka.
"Jika kamu sayang kepada kami, kamu tidak sepatutnya mendedahkan kepada umum kerana kamu juga akan malu. Sekarang saya sudah dipecat. Sudah puas kamu memalukan saya hingga satu Indonesia tahu kisah kita?
"Untuk bekas isteriku, Norma Risma, sila bersabar kerana saya sedang kumpulkan bukti untuk menunjukkan saya bukan seteruk apa yang didakwa jiran tetangga," balas Rozy. - Agensi