Lelaki maut, motosikal gagal potong lori

Iklan
Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lori di 57 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang pada Ahad

GUA MUSANG - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya dipercayai gagal memotong sebuah lori sebelum bertembung dengan lori lain dalam kejadian di Kilometer 57 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini pada Ahad.

Dalam kejadian jam 8.41 malam itu, mangsa berusia 52 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan semasa cuba memotong sebuah lori lain.

"Mangsa yang berasal dari Kampung Sungai Tias, Kuala Krai disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan

Menurut beliau, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan maut.

Ujarnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan terbabit boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhamad Rahmad Zakaria di talian 019-4742270 untuk membantu siasatan.

Iklan