Bertindak tegas majikan langgar pindaan Akta Kerja 1955 - MTUC

Iklan
Kamarul Baharin - Foto Bernama

SHAH ALAM - Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengesa kerajaan agar bertindak tegas terhadap mana-mana majikan yang melanggar Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 sehingga pendakwaan perlu dilakukan.

Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor berkata, ini kerana terdapat majikan mengubah terma perkhidmatan itu supaya waktu kerja adalah 45 jam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pekerja tidak lagi dibayar upah bagi masa waktu rehat setelah pindaan baharu dibuat.

"Sebelum pindaan akta kerja, majikan membayar upah bagi waktu rehat tetapi setelah pindaan dibuat majikan tidak lagi berbuat demikian.

Iklan

"Perlakuan majikan ini telah menyebabkan kemarahan pekerja kerana tempoh berada di syarikat tidak berubah," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Media melaporkan, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 pada 1 Januari 2023.

Iklan

Pindaan itu melibatkan pengurangan waktu kerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu, penambahan cuti bersalin, cuti paterniti, waktu fleksibel dan banyak lagi telah memberi sinar baharu kepada kaum pekerja.

Tambah Kamarul Baharin, setelah seminggu penguatkuasaan dibuat, terdapat aduan daripada pekerja dan kesatuan sekerja mengenai kegagalan majikan membuat pindaan selaras dengan akta baharu itu.

"Pelaksanaan waktu kerja yang dikurangkan kepada 45 jam seminggu masih lagi tidak dilaksanakan.

"Majikan tidak membuat persediaan yang sewajarnya kerana mengharapkan kerajaan menunda sekali lagi pelaksanaannya sedangkan pengurangan waktu kerja adalah memberi keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan (work life balance)," ujarnya.