Perkemas portfolio penerangan PH

Iklan
Hasnul Zulkarnain (dua dari kanan) menerima sumbangan produk kraftangan dihasilkan salah seorang orang kena pengawasan di bawah seliaan AADK Kerian.

KERIAN - Rakyat bakal melihat sesuatu yang positif sekiranya PH memperkemaskan semula jenteranya terutama di dalam portfolio penerangan dengan membaiki segala kelemahan yang ada.

Ketua Pemuda PH Perak, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata, cabaran sebenar bagi PH adalah untuk mempekemaskan sistem penyampaian mereka sendiri terhadap rakyat selepas memerintah.

Iklan
Iklan

"Saya percaya apabila diperkemas semula jentera kerajaan terutamanya dalam portfolio penerangan, insya-ALLAH rakyat akan lihat sesuatu yang positif dalam tempoh suku ketiga atau keempat tahun ini.

"Saya akui ada kelemahan di kalangan pemimpin kita kadang-kadang terlepas cakap tanpa mengira menganggu sensitiviti kaum lain sedangkan mereka perlu berhati-hati," katanya kepada pemberita selepas hadir meraikan Majlis Malam Mentor Mentee Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kerian, di sini.

Iklan

Hasnul Zulkarnain yang juga Exco Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi Perak berkata demikian ketika diminta mengulas sejauh mana sokongan rakyat kepada PH selepas kalah dalam PRK Rantau, Sabtu lalu.

Menurut Hasnul Zulkarnain kekalahan PH untuk kali ketiga dalam PRK merupakan isyarat jelas bahawa parti berkenaan perlu memberi tumpuan dalam membaiki sistem penyampaian dan penerangan mereka.

Iklan

"Kali ketiga alami kekalahan sudah tentu bukan satu pengajaran tetapi isyarat yang sangat jelas supaya kita memberi tumpuan kepada sistem penyampaian dan penerangan.

"Ia termasuklah cara penyampaian menteri dan pimpinan parti termasuk pegawai kerajaan yang perlu diperkemaskan," katanya.