PELAKON Syatilla Melvin selamat melahirkan cahaya mata keduanya, seorang bayi perempuan sekitar jam 9.15 pagi tadi.
Berita gembira tesebut dikongsi suami Syatilla, Shaheizy Sam di laman Instagramnya dengan memuat naik gambar bersama bayi mereka yang baru dilahirkan.
"We are no longer 3. Alhamdulillah!!! Thank you so much everyone. 17/04/19, 9:15am,” kongsi Sam.
Apa yang menariknya, menurut Sam, anak keduanya itu berkongsi tarikh lahir yang sama dengan ibunya, Khaty Fauziah yang menyambut hari jadi pada hari ini.
Malah kata Sam, ibunya itu mendapat hadiah hari jadi yang cukup istimewa iaitu seorang cucu.
"Happy Birthday mommy @khatyfauziah. Mommy dapat birthday present yang tak ada jual la hari ni!!! Mommy and #BabyGirl share the same birthday. Lepas ni kena beli dua present. Masak aku,” tulis Sam pada kapsyen.
Rata-rata peminat dan pengikut pasangan pelakon ini tidak mahu ketinggalan mengucapkan tahniah selain doa agar kesejahteraan untuk mereka sekeluarga.
Syatilla dan Sam mendirikan berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy, 2.