Video buaya sesat dalam longkang bukan di Terengganu

Iklan
Tangkap layar perkongsian video seekor buaya sesat yang kononnya dikatakan berlaku di Kuala Terengganu. Komen yang ditinggalkan netizen yang mengatakan kejadian berlaku di Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu menafikan penyebaran video tular memaparkan seekor buaya sesat yang dikatakan berlaku di daerah Kuala Terengganu.

Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata, video yang dimuat naik di media sosial Facebook pada Isnin itu adalah buaya yang dirakam di kawasan perumahan di Kuantan, Pahang.

Iklan
Iklan

"Setakat tahun ini (2023), kita belum terima sebarang aduan berkaitan buaya di Terengganu. Penyebaran atau perkongsian video itu di media sosial hanya akan menimbulkan panik dalam kalangan orang ramai.

"Saya harap orang ramai lebih bertanggungjawab dengan tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang gambar, video atau maklumat tidak benar berkaitan haiwan terancam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Menurut Kean Seong, mana-mana individu yang terserempak dengan haiwan terancam seperti harimau, beruang, buaya atau gajah perlu segera melaporkan kepada pihak Perhilitan.

"Tidak perlu muat naik di media sosial kerana kita risau risiko haiwan ini menjadi buruan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Iklan

"Perhilitan akan ke lokasi untuk siasat dan memasang perangkap bagi memastikan haiwan itu selamat dilepaskan ke habitat asalnya,"ujar beliau.

Seorang pemilik akaun Facebook memuat naik video berdurasi kira-kira 40 saat pada Isnin dan mendakwa terdapat buaya sesat di sebuah longkang di Jalan Kamarudin dekat sini.

Video tersebut memaparkan seekor buaya berenang di dalam longkang sebelum haiwan itu ditangkap dan dikerumuni oleh orang ramai.