'Pujuk hati reda diuji musibah banjir kali kedua'

Iklan
Kesemua 20 mualaf terjejas banjir yang menerima sumbangan kewangan pada Isnin. Foto: MACMA

KOTA BHARU - Mualaf terjejas banjir akibat Monsun Timur Laut (MTL) yang melanda Kelantan baru-baru ini terharu menerima sumbangan kewangan bagi membantu meringankan beban mereka.

Suri rumah, Siti Nur Aisyah Tan Abdullah, 52, berkata, sumbangan yang diterima itu membuktikan ramai pihak prihatin dan mengambil berat terhadap mereka yang ditimpa bencana.

Iklan
Iklan

"Saya baru sahaja membeli rumah dan tinggal di perumahan Prima Lubok Jong, Pasir Mas yang dilanda banjir setinggi lebih semeter pada Disember tahun lalu.

"Saya gembira apabila ramai pihak tampil membantu kami mangsa banjir yang dalam kesusahan untuk kami membina semula kehidupan,” katanya selepas menerima sumbangan itu pada Program RHB Touch Heart 360 di Pejabat Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) Kelantan di sini pada Isnin.

Iklan

Sumbangan daripada RHB Bank Berhad kepada 20 mualaf itu disampaikan oleh Pengarah Serantau RHB, Yusof Ng Abdullah.

Turut hadir, Pengerusi Macma Kelantan, Dr Johari Yap.

Iklan

Siti Nur Aisyah yang memeluk Islam sejak tahun 2008 itu berkata, kejadian banjir tersebut adalah kali kedua dilaluinya menyebabkan banyak kerosakan harta benda.

"Sebagai Muslim bagaimanapun saya pujuk hati untuk reda dan menerima ujian ini dengan tenang.

"Insya-ALLAH semoga akan diganti dengan rezeki yang lebih banyak selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, Yusof Ng berkata, penglibatan RHB dalam program kemasyarakatan bermula dari tahun 2007 dan sudah membantu ramai golongan yang memerlukan terutama keluarga B40.

"RHB juga membantu golongan mangsa banjir misalnya bantuan yang disampaikan kepada penduduk terjejas di Ketereh dan Pasir Mas pada Ahad.

"RHB juga membantu keluarga yang terjejas disebabkan Covid-19 dan menyalurkan bantuan pendidikan untuk pelajar dan belia dari keluarga kurang berkemampuan,” katanya.