TUMPAT - Air kumbahan dari perkampungan penduduk Siam yang bertakung di jalan Lubuk Jubakar menyekat laluan penduduk berulang-alik ke bandar.
Meresahkan lebih 500 penduduk apabila air yang bertakung itu kotor dan berbau busuk.
Penduduk, Arifin Awang Chik, 56, berkata, setiap kali hujan menyebabkan air melimpah di jalan tersebut.
"Hujan yang berlarutan dua tiga hari menyebabkan air bertakung di jalan itu.
"Air yang bertakung boleh tenggelamkan tayar kereta manakala penunggang motosikal pula yang melalui jalan ini perlu angkat kaki tinggi-tinggi elak terkena percikan air busuk.
"Jalan ini adalah laluan utama bagi penduduk di Bendang Pak Yong, Kubang Sawa, Kuala Jambu dan kampung sekitar,” katanya.
Arifin berkata, penduduk mengharapkan pihak Majlis Daerah Tumpat (MDT) mengambil tindakan segera dengan menaik taraf laluan tersebut.
"Sebelum ini sudah dibina pembetung air, nampaknya tidak berkesan, mungkin pembetung air itu kecil,” katanya.
Rohani Mat Deris, 30, berkata, keadaan itu berlaku setiap kali tibanya musim hujan yang menyebabkan air akan bertakung di jalan berkenaan.
"Ada dua lokasi air bertakung atas jalan sedangkan jalan ini laluan utama penduduk,” katanya.