SEOUL - Kementerian Sains Korea pada Isnin memberi amaran bahawa satelit Amerika Syarikat yang ditamatkan operasinya berkemungkinan jatuh di Semenanjung Korea dan kawasan persekitarannya lewat hari ini.
Dilancarkan pada 1984, Earth Radiation Budget Satellite (ERBS) jatuh ke bumi selepas menyelesaikan misinya selama beberapa dekad untuk mengkaji bagaimana bumi menyerap dan memancarkan tenaga daripada matahari, lapor Yonhap.