JAKARTA - INDONESIA. Hasil keputusan kiraan cepat atau quick count Pemilihan Umum Presiden Indonesia 2019 (Pilpres) dilakukan Saiful Mujani Research Consulting (SRMC) sehingga jam 3.22 petang (waktu tempatan) mendapati pasangan regu Joko Widodo atau Jokowi - Ma'ruf Amin memperoleh 55.05 peratus undi manakala pesaingnya Prabowo Subianto-Sandiaga Uno mendapat 44.95 peratus undi.
Data tersebut adalah berdasarkan kiraan undi 52.19 peratus daripada jumlah keseluruhan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Data kiraan cepat itu bagaimanapun adalah keputusan belum rasmi. - Kompas.com