JOHOR BAHRU - Sebanyak 160 tan kelapa kering yang cuba dibawa masuk dari Indonesia dirampas pihak berkuasa di Jeti Batu Pahat sekitar jam 12 tengahari pada Khamis lalu.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor, Edie Putra Md Yusof berkata, kelapa kering tersebut dianggarkan bernilai RM272,000 dibawa menggunakan sebuah kapal dagangan.