Kerajaan perlu cari solusi harga makanan di kantin sekolah mahal

Iklan
Wan Saiful

SHAH ALAM - Kerajaan perlu mencari solusi dalam memastikan harga makanan yang dijual di kantin sekolah tidak terlalu mahal.

Ketua Penerangan Bersatu Malaysia, Wan Saiful Wan Jan berkata, langkah itu bagi memastikan agar ibu bapa tidak terus terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.

Iklan
Iklan

"Rungutan ibu bapa dah kedengaran sejak bermulanya sesi persekolahan 2023 lagi, tetapi sehingga hari ini, belum ada apa-apa kenyataan daripada menteri bertanggungjawab.

"Ini sekali lagi bukti bahawa Menteri PH-BN tidak kompeten menjaga nasib rakyat dan menteri-menteri golongan kayangan ini gagal merasai denyut nadi kesusahan rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai peningkatan 50 peratus harga makanan di kantin sekolah kerana peningkatan harga bahan mentah di pasaran

Wan Saiful berkata, pihaknya sedang mendapatkan maklum balas lebih mendalam dari ibu bapa mengenai harga makanan kantin sekolah-sekolah di Tasek Gelugor.

Iklan

"Puncanya adalah peningkatan harga bahan mentah di pasaran khususnya kesukaran nak dapat bekalan seperti telur, gula dan minyak masak. Mana penyelesaian yang kononnya akan ambil masa dua minggu?" katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tasik Gelugor berkata, perkara itu gagal dilaksanakan kerana Menteri Pendidikan yang sibuk mencari formula aras tinggi ajaran Rafizi Ramli bahawa kalau harga makanan kantin tinggi, maka pelajar mesti kurangkan makan di kantin.

"Kerajaan mesti mencari penyelesaian bersama dengan pengusaha kantin. Sepatutnya Menteri Pendidikan PH-BN ini segera bertemu pengusaha kantin untuk membincangkan penyelesaian dan mencapai kata sepakat.

"Ini termasuk mempertimbangkan pemberian moratorium sewa atau subsidi kos operasi kepada pengusaha kantin yang kebanyakannya adalah usahawan kecil bumiputera

"Sebagai kerajaan, bantulah rakyat. Bukan sibuk berebut kuasa dan bergaduh sesama sendiri," ujarnya.