Ikan berbibir 'Kardashian', mata terjojol jadi tular

Iklan
Spesies sebenar ikan aneh itu masih tidak diketahui. - Foto Agensi

MOSCOW - Seorang nelayan di Rusia meraih populariti di media sosial kerana berjaya menemui pelbagai makhluk laut yang pelik ketika berlayar di Laut Norway.

Antara penemuan Roman Fedortsov yang dianggap 'menakutkan' ialah wolf fish atau devil fish iaitu spesies ikan bergigi taring.

Iklan
Iklan

Tangkapan terbaharu dikongsi Fedortsov ialah makhluk laut dalam yang pelik dengan sepasang mata tersembul dan mulut seperti 'membengkak'.

Klip video yang dikongsi menerusi Instagram pada Isnin itu telah meraih lebih 11,000 like dan lebih 318,000 tontonan.

Iklan

Menurutnya, ikan pelik itu ditangkap bot komersial miliknya di perairan Laut Norway dan Laut Barents pada Tahun Baharu.

Ia turut menerima pelbagai reaksi pengguna media sosial tersebut dan ada yang membandingkannya dengan selebriti yang tersilap membuat prosedur kosmetik.

Iklan

Seorang lagi pengguna meninggalkan komen agak melucukan dengan menyatakan, 'Adik-beradik Kardashian melihat ikan itu dan maklumkan kepada pakar bedah mereka untuk memiliki bibir yang sama'.

Sehingga kini, spesies sebenar ikan aneh itu masih tidak diketahui.

Sebelum ini, beberapa hidupan laut dalam seperti belut tanpa mata dan ikan seperti kelawar telah ditemui saintis dan penyelidik daripada Museums Victoria Research Institute di kawasan terpencil di Lautan Hindi berhampiran kawasan gunung berapi dasar laut. - Agensi